Teh puerh TeaZheng merupakan satu-satunya pengedar tunggal teh puerh muslim di Malaysia. Gabungan anak jati Melayu Terengganu dengan jejaka Cina berketurunan Hui (muslim) dari Yunnan, maka lahirlah perniagaan teh puerh TeaZheng yang masih mengekalkan keaslian serta kebaikan teh puerh yang diakui kehebatannya sejak sekian lama.

TeaZheng merupakan satu-satunya pengedar teh puerh di bawah kendalian campuran Melayu-Cina Muslim di Malaysia. Teh Puerh TeaZheng diimport khas dari daerah Yunnan, China yang merupakan wilayah asal teh puerh dihasilkan. Yunnan juga merupakan wilayah asal pengasas TeaZheng iaitu Mr. Zheng di lahirkan serta dibesarkan. Di Malaysia, pengurusan TeaZheng di kendalikan sepenuhnya oleh Mr. Zheng (pengasas) serta dibantu oleh Mrs. Zheng (pengarah) syarikat MRZHENG ENTERPRISE.

 

Etika perniagaan kami ialah kejujuran dan saling mempercayai. Kami memastikan pelanggan-pelanggan mendapat kepuasan setiap kali berurusan dengan kami. TeaZheng seringkali mengadakan lawatan ke Yunnan untuk memastikan tea yang terbaik dapat dibekalkan kepada pencinta-pencinta teh di Malaysia. Bagi menjamin kesegaran, khasiat dan kualiti teh yang kami bekalkan, TeaZheng hanya membeli teh puerh secara terus dari pengeluar-pengeluar yang mempunyai prestasi rekod yang terbaik serta terbukti dalam penghasilan teh puerh yang berkualiti tinggi serta menggunakan kaedah traditional organik.

TeaZheng menjamin kepuasan pelanggan melalui:

  • Asal usul teh. Kesemua teh keluaran TeaZheng adalah ditanam dan dihasilkan di daerah asal teh puerh iaitu Yunnan, China.
  • Penghasilan teh yang masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional Cina.
  • Kami melawat dan berurusan dengan pengeluar-pengeluar secara terus untuk memastikan teh puerh yang kami bekalkan mempunyai kualiti yang paling tinggi serta harga yang terbaik.
  • Kami berkerja dengan pakar-pakar teh yang diiktiraf serta terpilih untuk menentukan hanya teh terbaik yang dihasilkan di Yunnan, China