KELEBIHAN TEAZHENG

Ada 3 sebab utama kenapa and perlu memilih jenama TeaZheng sebagai pilihan puerh tea harian anda. Teruskan membaca…
KAMI HANYA BAWAKAN PUERH TEA YANG ASLI DARI YUNNAN
 
Tahukah anda, di China hanya Puerh Tea dari daerah Yunnan diiktiraf asli dari kerajaan China? Pembeli dan peminat puerh tea wajib berhati-hati dengan siapa anda membeli puerh tea kerana terdapat juga puerh tea yang fake di pasaran dan ianya sukar sekali dikenalpasti. 
 
TeaZheng hanya bawakan puerh tea yang asli dari Yunnan. Lebih spesifik dari daerah Lincang di Yunnan. Lincang merupakan salah satu dari 4 daerah pengeluar utama puerh tea di Yunnan selain dari daerah Baoshan, Pu’er dan Xishuangbanna. Lincang juga merupakan tempat kelahiran Mr. Zheng (Founder TeaZheng). Oleh yang demikian TeaZheng dapat memastikan hanya sumber puerh tea yang asli dan terpilih (berkualiti tinggi) diedarkan kepada peminat-peminat puerh tea. Seperti piagam pelanggan kami, “Your satisfaction is our priority”.
 
Puerh tea teh adalah teh vintaj yang mahal. Jangan jadikan pelaburan anda dalam membeli puerh tea adalah sesuatu yang sia-sia. Dapatkan puerh tea dari trusted seller. Salah satunya dengan kami di TeaZheng! 

KAMI BAWAKAN HANYA YANG HALAL

Walaupun puerh tea hanya daun teh yang melalui proses fermentasi yang natural tanpa sebarang bahan tambahan yang lain, namun proses pengeluaran yang bersih dan teratur juga amat dititikberatkan. Tambahan lagi kami sentiasa sedar akan kehendak pelanggan Melayu Muslim di Malaysia yang inginkan produk yang Halal, Bersih dan Suci. 
 
Oleh yang demikian, kami di TeaZheng akan memastikan hanya berkerjasama dengan Chinese Muslim sebagai  pengeluar puerh tea untuk TeaZheng. Bukan itu sahaja, kami juga akan memastikan kilang pengeluaran puerh tea juga mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Berikut merupakan sijil halal dari pengeluar kami di Yunnan. 

Untuk pengetahuan anda, bukan semua pengeluar puerh tea di Yunnan mempunyai pengesahan sijil Halal. Hanya pengeluar-pengeluar tertentu sahaja yang berusaha mendapatkan sijil halal dari pihak berwajib di sana. Dan kebanyakkannya adalah dari pengeluar berketurunan Muslim Chinese. Walaupun puerh tea hanya daun teh, namun menjadi kewajipan sebagai Muslim untuk mendapatkan produk yang selain halal, tetapi juga diyakini bersih dan suci.

Kami hanya berkerjasama sama pengeluar puerh tea berketurunan Chinese Muslim.

Kami yakin, hanya puerh tea yang dihasilkan secara bersih dan teratur akan menghasilkan puerh tea yang berkualiti tinggi, aroma yang lebih memikat serta tahan lama walaupun di simpan bertahun-tahun. Oleh kerana itulah kami sentiasa mendapat maklum balas dari pengguna TeaZheng bahawa puerh tea yang kami bawakan lebih sedap dan puas hati berbanding jenama lain. Terima kasih.

KAMI BAWAKAN ORGANIK PUERH TEA

Selain dari memastikan puerh tea dari TeaZheng adalah ASLI dari Yunnan, HALAL, kami juga memastikan puerh tea yang anda nikmati adalah dari sumber ORGANIK. Bermula dari proses penanaman, pengeringan daun teh dan  seterusnya pemprosesan puerh tea yang juga melibatkan proses “aging” yang panjang, pengeluar kami d Yunnan (Huimin Tea Co. Ltd) akan memastikan tiada sebarang bahan kimia tambahan atau sengaja ditambah sepanjang pemprosesan puerh tea. Semuanya adalah hasil dari proses semulajadi dan asli.
 
Kami berikan yang terbaik untuk anda. HALAL, ASLI & ORGANIK. 
Organic certificate