CARA BANCUH PUERH TEA

Video di bawah menunjukkan langkah-langkah dalam penyediaan puerh tea. Sangat mudah dan senang. Air tidak perlu direbus menggelegak. Cukup dengan memanaskan sahaja dalam lingkungan suhu 90 – 95 °C. Atau pun mahu lagi mudah guna sahaja air panas dari water filter seperti Coway dan sebagainya. Tidak perlu ditambah gula atau sebarang pemanis. Puerh tea sudah cukup memuaskan tanpa bantuan sebarang pemanis tambahan.

Melalui video ini pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu dibancuh 2 kali? Ada sebabnya. Menurut tea experts, puerh tea dibancuh 2 kali kerana 3 sebab:

 

  1. Sebagai bilasan 
  2. Untuk optimumkan bukaan rongga-rongga daun yang memberi effect ke atas rasa dan aroma puerh tea
  3. Teh merupakan lambang kesenian dan keagungan masyarakat Cina. Cara bancuhan puerh tea yang sedemikian merupakan satu tradisi yang amat dititik beratkan oleh masyarakat Cina.
Diharap dengan penjelasan ini dapat merungkaikan persoalan anda yang baru sahaja mengenali Yunnan Puerh Tea.
 
Bagaimana pula dengan kuantiti daun teh? Adakah perlu mengikut sukatan seperti dalam video tersebut?
 
Jawapan: TIDAK PERLU! Kuantiti bancuhan puerh tea tidak spesifik. Terpulang pada citarasa individu. Anda boleh tambahkan kuantiti atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing. Try and adjust. Lama-lama anda akan dapat kenalpasti  kuantiti yang paling “mengena” dengan tekak anda. 
 
Selain dari soalan di atas, ramai juga yang bertanya, bolehkah dicampur puerh tea dengan bahan asli yang lain?
 
Jawapan: Boleh! Mengikut citarasa masing-masing asalkan bukan gula. Kerana kita sedia maklum gula memudaratkan kesihatan. Puerh tea adalah teh untuk kesihatan. Kenapa perlu diburukkan benda yang baik kan? Tapi untuk ditambah dengan bahan asli yang lain tidak menjadi masalah. Di bawah merupakan cadangan bahan yang boleh dan biasa di campurkan sekali ke dalam puerh tea ketika bancuhan:
 
  • Sehiris lemon
  • Kurma cina
  • Cengkih
  • Flower tea (rose, chrysanthemum, peach etc)
  • Goji Berry
  • Halia